Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2026

MINGGU, 25 OKTOBER 2026

Gambar
KALENDER GEREJAWI: IBADAH MINGGU, 25 OKTOBER 2026 PEMBACAAN ALKITAB: YESAYA 43 :8 - 21 JUDUL BACAAN: ISRAEL SEBAGAI SAKSI TUHAN Allah berfirman, "Perintahlah umat-Ku datang menghadap. Mereka mempunyai mata, tetapi buta; mereka mempunyai telinga, tetapi pekak! 9 Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun. Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan, dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang? Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksi untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah, dan bahawa kata-kata mereka benar. 10 Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku; Aku memilih kamu menjadi hamba-Ku supaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku, dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah. Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain; baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang. 11 Hanya Akulah TUHAN, Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu. 12 Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku, lalu Aku datang menolong kamu. Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal sepert...

MINGGU, 18 OKTOBER 2026

Gambar
KALENDER GEREJAWI: IBADAH MINGGU, 18 OKTOBER 2026 PEMBACAAN ALKITAB: YESAYA 12 : 1 - 6 JUDUL BACAAN: NYANYIAN SYUKUR ATAS KESELAMATAN 1 Pada waktu itu engkau akan berkata: "Aku mau bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN, karena sungguhpun Engkau telah murka terhadap aku: tetapi murka-Mu telah surut dan Engkau menghibur aku. 2 Sungguh, Allah itu keselamatanku; aku percaya dengan tidak gementar, sebab TUHAN ALLAH itu kekuatanku dan mazmurku, Ia telah menjadi keselamatanku." 3 Maka kamu akan menimba air dengan kegirangan dari mata air keselamatan. 4 Pada waktu itu kamu akan berkata: "Bersyukurlah kepada TUHAN, panggillah nama-Nya, beritahukanlah perbuatan-Nya di antara bangsa-bangsa, masyhurkanlah, bahwa nama-Nya tinggi luhur! 5 Bermazmurlah bagi TUHAN, sebab perbuatan-Nya mulia; baiklah hal ini diketahui di seluruh bumi! 6 Berserulah dan bersorak-sorailah, hai penduduk Sion, sebab Yang Mahakudus, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu!"

MINGGU, 11 OKTOBER 2026

Gambar
KALENDER GEREJAWI: IBADAH MINGGU, 11 OKTOBER 2026 PEMBACAAN ALKITAB: YESAYA 6 : 1 - 13 JUDUL BACAAN: YESAYA MENDAPAT PANGGILAN ALLAH Pada tahun Raja Uzia mangkat, aku nampak Tuhan. Dia bersemayam di atas takhta-Nya yang tinggi dan mulia. Kelepet jubah-Nya memenuhi seluruh Rumah TUHAN. 2 Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekeliling-Nya: setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh, dan dua lagi untuk terbang. 3 Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain, "Suci, suci, suci! Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa! Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia." 4 Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap. 5 Lalu aku berkata, "Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Ya...

MINGGU, 4 OKTOBER 2026

Gambar
KALENDER GEREJAWI: IBADAH MINGGU, 4 OKTOBER 2026 PEMBACAAN ALKITAB: YESAYA 2 : 1 - 5 JUDUL BACAAN: SION SEBAGAI PUSAT KERAJAAN DAMAI Kedamaian yang Kekal1 Inilah perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang diberikan Allah kepada Yesaya anak Amos: 2 Pada masa hadapan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi bukit yang tertinggi antara segala bukit yang lain. Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana, 3 dan mereka akan berkata, "Marilah kita pergi ke bukit TUHAN, ke rumah Allah Israel. Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya; dan kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya, kerana ajaran TUHAN berasal dari Yerusalem; dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya." 4 Dia akan menghakimi bangsa-bangsa, dan menyelesaikan perselisihan mereka. Mereka akan menempa pedang menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas. Bangsa-bangsa tidak lagi berperang, dan tidak lagi bersiap untuk menyerang. 5 Hai keturunan Yakub, marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!