Postingan

MINGGU, 25 OKTOBER 2026

Gambar
KALENDER GEREJAWI: IBADAH MINGGU, 25 OKTOBER 2026 PEMBACAAN ALKITAB: YESAYA 43 :8 - 21 JUDUL BACAAN: ISRAEL SEBAGAI SAKSI TUHAN Allah berfirman, "Perintahlah umat-Ku datang menghadap. Mereka mempunyai mata, tetapi buta; mereka mempunyai telinga, tetapi pekak! 9 Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun. Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan, dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang? Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksi untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah, dan bahawa kata-kata mereka benar. 10 Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku; Aku memilih kamu menjadi hamba-Ku supaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku, dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah. Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain; baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang. 11 Hanya Akulah TUHAN, Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu. 12 Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku, lalu Aku datang menolong kamu. Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal sepert...